Friday, October 28, 2011

Duk Elok-elok.. Jangan Gaduh-gaduh.. Pasti Jadi Guru Yang Cemerlang! InsyaAllah...

Baru-baru ni teacher ade terbaca satu blog guru kpli ni (nasib baik bukan dari IPIS tau)..

Dalam blog tu adalah tertulis beberapa ayat yang tak berapa sedap untuk dibaca di dalam entry penulis tersebut.. dan ade juga komen yang teacher anggap macam tak matang dari penjawat awam dan pelajar pismp, dan boleh menyebabkan orang pandang serong pada profesion keguruan ni..

Isk.. teacher bukanlah berniat nak marakkan api yang tengah marak tu.. cuma.. teacher rasa tak setuju dengan dua-dua pihak.. baik yang menulis, mahupun yang komen..

Bukan ape.. teacher ni bukanlah bagus mana pun.. cuma teacher tak berape nak sedap hati bila tengok guru ataupun bakal guru bercanggah pendapat dalam nada yang agak negatif.. bukan ke lebih baik kalau kita sama-sama tegur-menegur secara baik dan profesional.. untuk penambahbaikan di masa akan datang..

untuk tatapan kita semua =)

Teacher terlampau cintakan profesion keguruan ni sampai teacher sanggup melepaskan jawatan pegawai kerajaan teacher yang sebelum ni semata-mata untuk menjadi guru.. dalam lima tahun teacher kerja sebagai pegawai kerajaan yang tetap dan berpencen, dan dah dapat anugerah khidmat cemerlang pun (teacher tak bertujuan untuk masuk bakul, angkat sendiri, tapi teacher nak buktikan pada orang yang memberi komen di blog tersebut yang bukan semua yang apply kpli tu takde kerja) teacher tak pernah rasa walau sedikit menyesal pun sebab guru ni tugas yang mulia dan mampu menjanjikan saham akhirat yang tinggi.. InsyaAllah.. Jadi.. bagi teacher, tak adillah bila ada tuduhan yang mengatakan yang mohon kpli ni adalah di kalangan mereka-mereka yang tak dapat kerja.. dan terpaksa apply kpli as the last resort..

Isk3x.. teacher tak menafikan yang mmg ada beberapa guru kpli yang mcm tu.. tapi tolonglah jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. bagi teacher, apa-apa pun, bergantung pada individu.. diri masing-masing.. ramai je guru-guru kpli yang baik malah cemerlang (contohnya di sekolah yang teacher buat praktikum baru-baru ni), dan jumlah nya lebih ramai dari yang tak berapa nak baik tu.. dan teacher percaya.. guru-guru yang bukan keluaran kpli pun, lebih kurang juga kan.. kalau dah nama pun manusia, tetap dengan pelbagai ragam dan perangai yang kita tak dapat nak duga.. Na'uzubillah... jauh kan lah kita dari sifat2x yang mcm tu..

Dan buat sahabat-sahabat kpli sekalian.. tak kira lah di IPG mana sekali pun.. bersyukur lah dengan apa yang ada.. apa pun kekurangan yang kita hadapi, ada hikmah di sebaliknya.. anggap lah semua kekurangan yang ada tu sebagai satu cabaran dan latihan tuk kita hadapi bila posting kat sekolah nanti.. InsyaAllah..

Dah.. dah... cukuplah gaduh-gaduh tu... bagi teacher, guru pelatih kpli dan p/pismp sama-sama memerlukan).. boleh bertukar-tukar pendapat dan belajar sesama kita.. teacher doakan semua guru kat Malaysia mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah.. time tuk baca buku yuk! hehe =)

Thursday, October 20, 2011

Bercinta Lepas Kahwin...?

Ayat-ayat yang sedang bermain dalam otak;

Ok ke kalau kawin dulu baru bercinta? bole bahagia ke...? erm....

Alaa.. kalau bercinta bagai nak rak pun, tak semestinya bahagia lepas kawin tu.. kan kan kan..?

Tapi.. cmana nak kawin kalau takde 'feeling'..? tak kenal kot.. huhu

Alaa.. kalau bercinta bagai nak gila pun, kalau 'feeling' tu hilang.. takde maknenye jugak.. kan kan kan...?

gambar dari internet ~sweet~


Uiks.. tah-tah 'ter'kawin dengan orang yang cerewet ke...? jahat ke..? psycho ke...? erk....

Alaa... time bercinta mmg la sumenye baik.. masak nasi hangit pun, dikatanya sedap... tgk lah lepas kawin nanti.. jeng.. jeng.. jeng..

Teacher berserah pada Allah je lah.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik tuk setiap hambanya.. semoga Allah Tunjukkan teacher pilihan yang terbaik.. InsyaAllah..

Tuesday, October 11, 2011

Sesungguhnya Teacher Rindu!

Hari ni merupakan hari kedua teacher balik IPIS.. macam tak boleh nak terima dah habis praktikum..

Isk.. rasa cepat sangat masa berlalu kan..

Teringat-ingat lagi kat anak-anak murid SK Sri Jelok yang comel-comel tu..


Tadi lepas habis kelas kat IPIS, teacher pegi sekolah kejap.. nak setelkan few documents.. dalam masa yang sama.. nak lepaskan rindu pada diorg.. huhu..

Teringat hari terakhir ngn diorg.. diorg buat surprise farewell party (sebenarnye tak surprise pun sbb teacher dah tau awal-awal) hehehe..



Terharu...

Tersangat-sangat terharu..

Tak sangka diorg bagi banyak sangat hadiah.. bkn dari kelas yang teacher ajar je.. dari kelas lain pun ramai.. yang peliknye, murid-murid dari tahap 2 yang sekolah pagi pun ade yang bagi hadiah..(teacher sekolah sesi ptg)

Erm.. terharu sangat-sangat.. terima kasih semua..



Teacher tak harapkan semua tu.. teacher cuma harap anak-anak murid teacher dapat doakan kebaikan tuk teacher di dunia n akhirat.. tu pun dah cukup dah..

Isk.. sedih..

Huhu..

p/s; mulai sekarang nak bahaskan diri 'teacher' lah.. sbb suka sgt ngn title ni skrg.. hehe

gambar ni teacher br upload atas request cik yuyu... =)