Friday, October 28, 2011

Duk Elok-elok.. Jangan Gaduh-gaduh.. Pasti Jadi Guru Yang Cemerlang! InsyaAllah...

Baru-baru ni teacher ade terbaca satu blog guru kpli ni (nasib baik bukan dari IPIS tau)..

Dalam blog tu adalah tertulis beberapa ayat yang tak berapa sedap untuk dibaca di dalam entry penulis tersebut.. dan ade juga komen yang teacher anggap macam tak matang dari penjawat awam dan pelajar pismp, dan boleh menyebabkan orang pandang serong pada profesion keguruan ni..

Isk.. teacher bukanlah berniat nak marakkan api yang tengah marak tu.. cuma.. teacher rasa tak setuju dengan dua-dua pihak.. baik yang menulis, mahupun yang komen..

Bukan ape.. teacher ni bukanlah bagus mana pun.. cuma teacher tak berape nak sedap hati bila tengok guru ataupun bakal guru bercanggah pendapat dalam nada yang agak negatif.. bukan ke lebih baik kalau kita sama-sama tegur-menegur secara baik dan profesional.. untuk penambahbaikan di masa akan datang..

untuk tatapan kita semua =)

Teacher terlampau cintakan profesion keguruan ni sampai teacher sanggup melepaskan jawatan pegawai kerajaan teacher yang sebelum ni semata-mata untuk menjadi guru.. dalam lima tahun teacher kerja sebagai pegawai kerajaan yang tetap dan berpencen, dan dah dapat anugerah khidmat cemerlang pun (teacher tak bertujuan untuk masuk bakul, angkat sendiri, tapi teacher nak buktikan pada orang yang memberi komen di blog tersebut yang bukan semua yang apply kpli tu takde kerja) teacher tak pernah rasa walau sedikit menyesal pun sebab guru ni tugas yang mulia dan mampu menjanjikan saham akhirat yang tinggi.. InsyaAllah.. Jadi.. bagi teacher, tak adillah bila ada tuduhan yang mengatakan yang mohon kpli ni adalah di kalangan mereka-mereka yang tak dapat kerja.. dan terpaksa apply kpli as the last resort..

Isk3x.. teacher tak menafikan yang mmg ada beberapa guru kpli yang mcm tu.. tapi tolonglah jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. bagi teacher, apa-apa pun, bergantung pada individu.. diri masing-masing.. ramai je guru-guru kpli yang baik malah cemerlang (contohnya di sekolah yang teacher buat praktikum baru-baru ni), dan jumlah nya lebih ramai dari yang tak berapa nak baik tu.. dan teacher percaya.. guru-guru yang bukan keluaran kpli pun, lebih kurang juga kan.. kalau dah nama pun manusia, tetap dengan pelbagai ragam dan perangai yang kita tak dapat nak duga.. Na'uzubillah... jauh kan lah kita dari sifat2x yang mcm tu..

Dan buat sahabat-sahabat kpli sekalian.. tak kira lah di IPG mana sekali pun.. bersyukur lah dengan apa yang ada.. apa pun kekurangan yang kita hadapi, ada hikmah di sebaliknya.. anggap lah semua kekurangan yang ada tu sebagai satu cabaran dan latihan tuk kita hadapi bila posting kat sekolah nanti.. InsyaAllah..

Dah.. dah... cukuplah gaduh-gaduh tu... bagi teacher, guru pelatih kpli dan p/pismp sama-sama memerlukan).. boleh bertukar-tukar pendapat dan belajar sesama kita.. teacher doakan semua guru kat Malaysia mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah.. time tuk baca buku yuk! hehe =)

No comments:

Post a Comment