Friday, October 28, 2011

Duk Elok-elok.. Jangan Gaduh-gaduh.. Pasti Jadi Guru Yang Cemerlang! InsyaAllah...

Baru-baru ni teacher ade terbaca satu blog guru kpli ni (nasib baik bukan dari IPIS tau)..

Dalam blog tu adalah tertulis beberapa ayat yang tak berapa sedap untuk dibaca di dalam entry penulis tersebut.. dan ade juga komen yang teacher anggap macam tak matang dari penjawat awam dan pelajar pismp, dan boleh menyebabkan orang pandang serong pada profesion keguruan ni..

Isk.. teacher bukanlah berniat nak marakkan api yang tengah marak tu.. cuma.. teacher rasa tak setuju dengan dua-dua pihak.. baik yang menulis, mahupun yang komen..

Bukan ape.. teacher ni bukanlah bagus mana pun.. cuma teacher tak berape nak sedap hati bila tengok guru ataupun bakal guru bercanggah pendapat dalam nada yang agak negatif.. bukan ke lebih baik kalau kita sama-sama tegur-menegur secara baik dan profesional.. untuk penambahbaikan di masa akan datang..

untuk tatapan kita semua =)

Teacher terlampau cintakan profesion keguruan ni sampai teacher sanggup melepaskan jawatan pegawai kerajaan teacher yang sebelum ni semata-mata untuk menjadi guru.. dalam lima tahun teacher kerja sebagai pegawai kerajaan yang tetap dan berpencen, dan dah dapat anugerah khidmat cemerlang pun (teacher tak bertujuan untuk masuk bakul, angkat sendiri, tapi teacher nak buktikan pada orang yang memberi komen di blog tersebut yang bukan semua yang apply kpli tu takde kerja) teacher tak pernah rasa walau sedikit menyesal pun sebab guru ni tugas yang mulia dan mampu menjanjikan saham akhirat yang tinggi.. InsyaAllah.. Jadi.. bagi teacher, tak adillah bila ada tuduhan yang mengatakan yang mohon kpli ni adalah di kalangan mereka-mereka yang tak dapat kerja.. dan terpaksa apply kpli as the last resort..

Isk3x.. teacher tak menafikan yang mmg ada beberapa guru kpli yang mcm tu.. tapi tolonglah jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. bagi teacher, apa-apa pun, bergantung pada individu.. diri masing-masing.. ramai je guru-guru kpli yang baik malah cemerlang (contohnya di sekolah yang teacher buat praktikum baru-baru ni), dan jumlah nya lebih ramai dari yang tak berapa nak baik tu.. dan teacher percaya.. guru-guru yang bukan keluaran kpli pun, lebih kurang juga kan.. kalau dah nama pun manusia, tetap dengan pelbagai ragam dan perangai yang kita tak dapat nak duga.. Na'uzubillah... jauh kan lah kita dari sifat2x yang mcm tu..

Dan buat sahabat-sahabat kpli sekalian.. tak kira lah di IPG mana sekali pun.. bersyukur lah dengan apa yang ada.. apa pun kekurangan yang kita hadapi, ada hikmah di sebaliknya.. anggap lah semua kekurangan yang ada tu sebagai satu cabaran dan latihan tuk kita hadapi bila posting kat sekolah nanti.. InsyaAllah..

Dah.. dah... cukuplah gaduh-gaduh tu... bagi teacher, guru pelatih kpli dan p/pismp sama-sama memerlukan).. boleh bertukar-tukar pendapat dan belajar sesama kita.. teacher doakan semua guru kat Malaysia mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah.. time tuk baca buku yuk! hehe =)

Thursday, October 20, 2011

Bercinta Lepas Kahwin...?

Ayat-ayat yang sedang bermain dalam otak;

Ok ke kalau kawin dulu baru bercinta? bole bahagia ke...? erm....

Alaa.. kalau bercinta bagai nak rak pun, tak semestinya bahagia lepas kawin tu.. kan kan kan..?

Tapi.. cmana nak kawin kalau takde 'feeling'..? tak kenal kot.. huhu

Alaa.. kalau bercinta bagai nak gila pun, kalau 'feeling' tu hilang.. takde maknenye jugak.. kan kan kan...?

gambar dari internet ~sweet~


Uiks.. tah-tah 'ter'kawin dengan orang yang cerewet ke...? jahat ke..? psycho ke...? erk....

Alaa... time bercinta mmg la sumenye baik.. masak nasi hangit pun, dikatanya sedap... tgk lah lepas kawin nanti.. jeng.. jeng.. jeng..

Teacher berserah pada Allah je lah.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik tuk setiap hambanya.. semoga Allah Tunjukkan teacher pilihan yang terbaik.. InsyaAllah..

Tuesday, October 11, 2011

Sesungguhnya Teacher Rindu!

Hari ni merupakan hari kedua teacher balik IPIS.. macam tak boleh nak terima dah habis praktikum..

Isk.. rasa cepat sangat masa berlalu kan..

Teringat-ingat lagi kat anak-anak murid SK Sri Jelok yang comel-comel tu..


Tadi lepas habis kelas kat IPIS, teacher pegi sekolah kejap.. nak setelkan few documents.. dalam masa yang sama.. nak lepaskan rindu pada diorg.. huhu..

Teringat hari terakhir ngn diorg.. diorg buat surprise farewell party (sebenarnye tak surprise pun sbb teacher dah tau awal-awal) hehehe..



Terharu...

Tersangat-sangat terharu..

Tak sangka diorg bagi banyak sangat hadiah.. bkn dari kelas yang teacher ajar je.. dari kelas lain pun ramai.. yang peliknye, murid-murid dari tahap 2 yang sekolah pagi pun ade yang bagi hadiah..(teacher sekolah sesi ptg)

Erm.. terharu sangat-sangat.. terima kasih semua..



Teacher tak harapkan semua tu.. teacher cuma harap anak-anak murid teacher dapat doakan kebaikan tuk teacher di dunia n akhirat.. tu pun dah cukup dah..

Isk.. sedih..

Huhu..

p/s; mulai sekarang nak bahaskan diri 'teacher' lah.. sbb suka sgt ngn title ni skrg.. hehe

gambar ni teacher br upload atas request cik yuyu... =)

Thursday, September 29, 2011

Alat Sambung Nyawa..

Malam ni aku rasa tak sedap dada..


Isk.. alat sambung nyawa dah abis lh pulak.. jgn la kena asthma attack mlm ni..


Huhuhu..

Saturday, September 24, 2011

Salahkah Aku Menunggu Si Dia..?

Ada sahabat bg nasihat..

"Dah2x lah tunggu dia.. sampai bila kau nak tunggu dia?"

Aku tak tau nak jawab ape.. tapi soalan tu betul2x buat aku tak senang duduk..

gambar dr google


Salah ke aku tunggu "dia"?

Berbaloi ke aku tunggu "dia"?

"Dia" tau ke aku tunggu "dia"?

Aku takde jawapan tuk semua tu.. tapi yg penting..

Jodoh itu Rahsia Allah..

Aku akn tetap menunggu selagi mampu.. InsyaAllah..

Saturday, September 17, 2011

Hantu Bonceng.. 4.5 bintang!

Dah lama kitorg x kuar tgk movie.. especially sejak start practicum aritu.. so..

Hari rabu aritu, kak J (housemate) belanja kitorg tgk movie Hantu Bonceng.. macih byk2 ek kak J..
lin, Kak J & nuyui

Best?? Ye.. memang best! gelak dr awal sampai abis..

Isu sensitif..? pada pendapat aku, mmg ade part yang tak berapa nak sesuai.. yang maybe boleh dikatakan menghina agama.. agak tak patut la kot..

Tapi.. apa-apa pun.. bagi aku itu ialah realiti sekarang.. benda yang sebelum ni kita pandang sebelah mata, bila ade orang highlight, baru kita bukak mata..

What ever it is.. mmg terbaik la citer ni.. hehe

Tuesday, September 13, 2011

Penat Tapi Seronok!

Hari ni bwk anak-anak murid pergi lawatan ke Aquaria KLCC..

Memang penat yang teramat sgt.. tp seronok! ~ Seronok tgk buda
k2x kecik yg seronok dan teruja itu.. hehe

Gambar2x ni tak la cantik mane.. so, upload sikit je lah.. biase lah.. hp aku cap ayam jer.. tp at least ade kan.. hehe :)

Ok.. penat. Tido yuk!

Sblm bertolak..

Happy faces..

Kat Aquaria..

Tunjuk ape tu..? :)